7 Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu

Musim perayaan hampir tiba,hanya kurang 2 minggu sahaja lagi syawal bakal menjelma. Ramai yang sudah mula merancang cuti untuk meraikan 1 syawal di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara yang jauh mahupun dekat. Apa yang penting adalah untuk sampai dengan selamat ke destinasi.Memandu dalam jarak yang jauh menjadikan kita merasa letih dan mengantuk. Jom kita lihat tips elak mengantuk semasa mengantuk.

hilangkan-mengantuk-dengan-cinch-tea

Kebanyakan anak muda kini hidup merantau jauh dari keluarga. Memandu pulang ke kampung yang agak jauh memerlukan persediaan mental dan fizikal. Kita tahu akan bahaya memandu semasa mabuk tetapi apa yang lebih bahaya adalah memandu semasa mengantuk. Badan yang letih serta mengantuk menyebabkan kita tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan baik dan reaksi yang cepat. Antara tanda-tanda mengantuk ialah:

penat

  • Kerap menguap
  • Kelopak mata terlalu berat
  • Hilang focus
  • Pemanduan selalu tersasar
  • Sendi-sendi mula lenguh

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, sila berhati-hati .Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mengelak rasa mengantuk semasa memandu. Sesaat terlelap, maut menanti. Namun begitu, mulakanlah perjalanan anda dengan doa dan selawat agar dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini.

doa_elak_kemalangan

Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu.

Tips Elak Mengantuk #1. Rancang perjalanan anda

Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Terik mentari menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.

Tips Elak Mengantuk #2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan  

Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.

Tips Elak Mengantuk #3. Mengambil minuman isotonic atau kafein

cffe-ap

Diakui badan akan terasa letih dan mata  mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.

Tips Elak Mengantuk #4.  Ajak Teman Bersembang

talking-in-car

Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.

Tips Elak Mengantuk #5. Makan pisang daan kurma.

PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi  kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.

Tips Elak Mengantuk #6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti 

Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, pernah juga saya dengar aktiviti KOREK HIDUNG mampu menghilangkan rasa mengantuk.So, jika Nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan  pula.

Tips Elak Mengantuk #7. Basuh Muka Dengan Air Sejuk

face wash

Standby sebotol air sejuk atau ais untuk dijadikan penyegar. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama islam, berwuduk antara tips terbaik.

Rahsia Shaklee Mengekalkan Kecergasan Badan Anda?

Di Shaklee, kami ada minuman penyegar yang sangat baik untuk kesihatan dan sekaligus menyegarkan tubuh .Ia adalah minuman isotonic tanpa gas dan tanpa kandungan gula yang tinggi iaitu performance drink. 1 lagi rahsia Shaklee yang meningkatkan metabolism dan memberi kesegaran adalah Cinch Energy Tea Mix.

Performance Drink

pd

  • Mencegah dehidrasi
  • Memberi tenaga dan kesegaran
  • Memberi ketahanan fizikal

Cinch Energy Tea Mix

Cinch-Energy-Tea-Mix (1)

  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Alternatif kepada minuman berkafein
  • Mengekalkan kecergasan tubuh
  • Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Perangsang tenaga semulajadi yang selamat

Simpan nota ini sebagai persediaan untuk pulang ke kampung di musim perayaan nanti. Dan yang paling penting adalah persediaan awal agar anda lebih bersedia menghadapi perjalanan yang sememangnya dinanti oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Bila terdengar sahaja lagu “Balik Kampung”, begitulah perasaannya gembira ingin pulang ke kampung.Semoga selamat sampai ke destinasi!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.