7 TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU YANG MUDAH

Bayi Muntah susu jangan dipandang ringan. Kebanyakan kes kematian bayi adalah berpunca dari muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan tak dapat bernafas. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu untuk mengamalkan tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.
.syahmi comel
1. TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU-Tegakkan badan bayi sebaik selesai menyusu
.
Bayi harus ditegakkan sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpul di dalam mulut kerana dalam keadaa tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada di dalam mulut.
.
2. TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU-Sendawakan bayi selepas menyusu
.
Jangan abaikan amalan sendawakan bayi selepas menyusu. Bayi wajib disendawakan setiap kali habis menyusu. Lagi banyak sendawa, lagi bagus. Sesetengah bayi mengambil masa yang agak lama untuk sendawa, jangan cepat bosan. Teruskan proses sendawakan bayi sehingga bayi sendawa, sekurang – kurangnya sekali.
.
3.TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU- Elakkan pergerakan membuai semasa dan selepas menyusu.
.
Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bayi selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang – kurangnya 15 minit.
.
4.TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU- Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan semasa tidur.
.
Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang – kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring dan tepuk bayi perlahan – lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu dan jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
.
5.TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU- Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.
.
Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga – jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.
.
6.TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU- Periksa sekiranya ada susu yang keluar dari mulut bayi semasa tidur.
.
Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan tinggalkan sendirian. Kadang – kadang ada susu yang terkumpul di dalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.
.
7. TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU-Jangan biarkan bayi menyusu botol sendiri.

.
Apabila bayi sudah besar, ramai ibu yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal atau pun memegang botol susu sendiri. Malah ada yang membiarkan bayi sendirian di dalam buai sambil menyusu. Ini adalah sangat BAHAYA!!! Jangan sesekali jadikan sebagai amalan.
.
Semoga tips – tips di atas yang akak kongsikan ini bermanfaat untuk mommies2 semua. Boleh juga print tips ini dan berikan kepada pengasuh sebagai panduan atau pun lekatkan di peti sejuk sebagai panduan suami jika anda outstation.
.
ENJOY YOUR BREASTFEEDING JOURNEY MOMMIES!!!
.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

3 comments for “7 TIPS ELAK BAYI MUNTAH SUSU YANG MUDAH

  1. f April, 2017 at 9:56 pm

    Info yg bagus bagi orang tua,apalagi yang baru punya anak.sehingga mereka tidak menyepelekan hal-hal yg sebenarnya penting.

  2. f April, 2017 at 6:52 am

    memang bayi perlukan perhatian lebih, jangan biarkan dia muntah susu berseorangan
    Ainul recently posted…6 Tanda tanda Awal Kanser Ovari Yang Biasa Wanita Ada Tapi Tak SedarMy Profile

  3. f May, 2017 at 5:33 pm

    Lepas baca terus teringat kes budak yang mati sepulang dari pool,bila tak menyusu dengan betul boleh juga terjadi kes yang sama.
    Abdul recently posted…SEO BASICS : OFF-PAGE SEOMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge