7 Sebab Suami Teman Isteri Bersalin

Hari ini genap 42 hari saya berpantang anak kedua. Mengimbas kembali tarikh 10 November 2014, saya mula merasai tanda-tanda bersalin pada pukul 5 pagi. Semasa perjalanan menaiki ambulans selama 5 minit dari Hospital Bersalin Putrajaya ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Presint 8, sempat saya bertanyakan “Nurse, boleh ke suami saya teman dalam labor room nanti? Sebab masa anak sulong saya bersalin di HKL, suami saya boleh masuk”. Persoalannya, apakah rasionalnya suami menemani isteri semasa bersalin?Sebab Suami Teman Isteri Bersalin? Peranan suami semasa isteri bersalin?

SUAMI TEMAN BESALIN

Alhamdulillah, sudah 2 kali suami menemani saya semasa bersalin. Semasa anak sulong, suami sempat menerjah labor room kira-kira 5 minit sebelum bayi keluar kerana proses kelahiran hanya sekejap sahaja. Semasa anak kedua, suami menemani dari bukaan rahim 8cm.  Kedua-dua kelahiran anak saya sewaktu hujan turun selebat-lebatnya. Rahmat mengiringi kelahiran 2 insan ke dunia, sayu rasanya.  Terus terang saya katakan, hanya wanita sahaja mampu merasai membawa kandungan selama 9 bulan dan merasai sakit bersalin.

Suami sampai di labor room kira-kira pukul 4.30 petang dan kami dibiarkan berdua-duaan kecuali semasa pemeriksaan dijalankan, suami diminta keluar sebentar. Sebelum memasuki labor room, suami saya perlu menandatangani borang khas, kebenaran memasuki labor room. Alhamdulillah suami menemani saya sehingga selesai saya melahirkan anak. Para suami nak tahu apakah perasan suami saya? Cubalah…..

Terus terang saya katakan tidak semua orang akan sanggup teman isteri semasa proses kelahiran. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bersalin,pengsan. Tetapi itulah hakikat dan diceritakan sendiri oleh jururawat di sana. Jom selami 7 sebab mengapa suami wajib teman isteri semasa bersalin.

1.Meredakan debaran di hati isteri

redkan

Terus terang saya katakan, debaran melahirkan anak kedua lain macam sedikit rasanya kerana sudah menjangka apa yang bakal dilalui. Sememangkan kehadiran suami disisi amat-amat diperlukan dan saya sentiasa berpesan kepada suami, please datang cepat-cepat. I really need you so very much. Semasa berdua-duaan di labor room kami sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain. Sweet ke tak sweet, kalah drama TV. Tetiba feeling drama korea.

2. Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap lengan dan belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang. Suami tidak putus-putus mengingatkan saya agar sentiasa berzikir dan berdoa agar dipermudahkan proses kelahiran. Sebak rasanya bila teringat saat itu..

Doa Nabi Yunus : Amalan untuk Memudahkan Proses Bersalin

Doa Nabi Yunus : Amalan untuk Memudahkan Proses Bersalin

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, pengalaman ini menimbulkan keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan. Sambil-sambil suami turut mengingatkan bagaimana teknik meneran yang dipelajari semasa kelas pranatal sebab bila dah sakit, semua hilang. Jam dinding depan mata pun dah tak boleh baca.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri

lebih-menghargai

Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri.Sepanjang suami di rumah mak ketika menjaga saya di dalam pantang, suami yang memasak sendiri lauk berpantang dan menguruskan anak sulong. Siap belanja set bersalin untuk isteri tercinta.

5. Lebih menghargai keluarga

dinner_time_family_time

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan umur kepada ibu tercinta.

6. Melihat Kebesaran Allah

at-home-birth-2

Terus terang saya juga masih memikirkan bagaimana bayi sebesar ini mampu keluar dari perutku. Melihat gambar proses kelahiran, ku sering bertanyakan kepada suami, “macam ni ke baby nak keluar? Betul ke macam ni?” Kesakitan yang terasa hilang sekelip mata apabila si kecil lahir ke dunia, ku mampu tersenyum. Magik ke tak, itulah kebesaran Allah. Subhanallah.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:

  • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
  • Memberi kata-kata semangat untuk isteri
  • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
  • Mengelap muka isteri apabila berpeluh
  • Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaan anda?

“Ya Allah, permudahkan kami semua untuk melahirkan anak dengan selamat. Jauhkan kami dari sebarang masalah yg tidak diingini. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui”.

[ Untuk Suami Budiman, Dapatkan Set Bersalin Terbaik Untuk Isteri Tercinta]

Sememangnya semangat untuk melahirkan bertambah-tambah apabila suami berada disisi dan turut memberi sokongan dan dorongan untuk melahirkan zuriat ke dunia. Mohon mummy yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat. InsyaAllah.

Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Makanan tambahan untuk membantu Luka cepat sembuh

img_20151109_154415

1. Zinc complex

  • Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul.
  • Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

2. Vitamin C Sustained Release

  • Vitamin C adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Vitamin C membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus.

3. ESP (energizing Soy Protein

esp-luka

  • ESP ni membekalkan asid amino penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan dalam masa yg sama mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Ibu yang bersalin ni mesti ada stretch mark kan? ESP boleh jugak membantu menghilangkan stretch mark ni tau! Penambahan jumlah kandungan protein dalam pemakanan untuk penyembuhan luka ni penting sangat.
  • Sepatutnya penambahan kandungan protein dalam pemakanan kita ni adalah 2-3g protein pada setiap kilogram berat badan kita kalau nak sembuh luka cepat. Dan digalakkan ambil daging putih macam ikan, telur atau ayam. Atau dari sumber soya macam ESP.

Kadang kala semasa berpantang kita dihadkan untuk memakan makanan yang mungkin mudharat kepada ibu lepas bersalin dan bayi. Ia menyebabkan ibu kurang nutrisi, kurang bertenaga, cepat letih, stress dan yang lebih teruk lagi gejala meroyan.

Makanan tambahan bukanlah ubat tetapi ia merupakan pelengkap keperluan tubuh terutamanya selepas bersalin. Pengalaman kawan saya sendiri apabila membuat ujian Body Composition selepas bersalin, Masya Allah..Kiraan usia tubuhnya sangat tua, mengapa?

Sel tubuh bekerja lebih dari biasa daripada proses kehamilan, bersalin dan menyusu. Maka suppliment sangat penting untuk memastikan tubuh kita menerima nutrient secukupnya.

Oleh itu, saya sangat mengesyorkan ibu-ibu untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee.

Istimewanya supplimen yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee ini bukan sahaja untuk selepas bersalin atau waktu berpantang tetapi ia boleh siambil sepanjang hayat seseorang wanita seperti yang disarankan pakar sakit puan , Dr Hamid Arshat;

sakit-belakang

Diharapkan agar sedikit perkongian ini memberi manfaat kepada ibu yang bakal melahirkan. Bagaimana untuk mendapatkan produk yang awesome ini? Hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Artikel menarik untuk dibaca:

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

36 comments for “7 Sebab Suami Teman Isteri Bersalin

  1. f December, 2014 at 7:46 am

    okeh.

    kena masuk bilik bersalin la nanti gamaknya..
    titan recently posted…Seminar LIMA Lejen IM yang masih dan kekal BERBISA.My Profile

  2. f December, 2014 at 4:34 pm

    terima kasih…perkongsian yg menarik!
    fuzy recently posted…Atasi Masalah Isteri Tidak Puas Di ranjang Secara Sihat Supaya Tidak Di kecam “Bacul”My Profile

  3. f December, 2014 at 4:58 pm

    Sebagai seorang isteri, bagi suami adalah insan yang paling diperlukan di dalam bilik bersalin selain bidan dan doktor..priceless moment…
    Maziah Jamaludin recently posted…Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul Dan BerkesanMy Profile

  4. f January, 2015 at 8:09 am

    Betul, bila ada suami kat sisi masa bersalin, semangat tu lebih kuat.

    Alhamdulillah, kelahiran dua-dua orang putera saya pun, suami ada kat sisi.

    Tapi kalau ada mana-mana isteri yang mungkin suami tak boleh berada kat sisi di saat kelahiran bayi, jangan sedih sangat atau emo tak tentu pasau tau. Pasti ada yang lebih baik lagi yang menanti 🙂
    myliferia recently posted…Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Buruk Dengan CepatMy Profile

  5. f January, 2015 at 2:05 pm

    Setuju sangat dengan artikel ni.Sangat wajar untuk si suami menemani isteri ketika bersalin.Banyak sangat faedah dan hikmah yang dapat sang suami pelajari ketika itu 🙂
    duniafarisya recently posted…Jubah Couple Yang Moden Furqon By SolaMy Profile

    • f February, 2015 at 6:32 am

      betul tu..byk kekuasaan Allah yg boleh kita lihat semasa proses bersalin…

  6. f February, 2015 at 2:27 am

    betul tu..rasanya artikel ni best kalau kongsi dengan suami
    atiey recently posted…Multivitamin Terbaik Untuk Seorang Eksekutif BerjayaMy Profile

  7. f February, 2015 at 6:41 am

    Alhamdulillah…masa saya bersalin hari tu pun suami ada di sisi…tak putus2 bagi semangat…. memang sangat perlu suami menemani isteri semasa bersalin….good sharing…thumb up!!!

    Jom singgah blog saya pulak…
    http://irdinasvitafamily.blogspot.com
    idayu irdina recently posted…PETUA HILANGKAN JERAWAT AGAR CANTIK MELETOP MACAM SELENA GOMEZMy Profile

  8. f February, 2015 at 10:32 am

    Baca banyak kali article..seronok,mcm nak beranak lg…

  9. f February, 2015 at 2:58 pm

    Terbaik blog ni. Penuh informasi.
    Wan sentiasa bersama isteri tak kira apa jua keadaan.
    Sebagai sokongan padanya juga.
    Alhamdulillah…
    mohdridzwan recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  10. ECL
    f February, 2015 at 1:18 pm

    pengalaman paling bermakna dalam hidup saya sebagai seorang suami. nak dekat 12 jam kat dalam, tapi akhirnye kene keluar sebab isteri terpaksa vacum. alhamdulillah, anak saya sihat 🙂
    ECL recently posted…Diseases Caused By Acidic BodyMy Profile

  11. f February, 2016 at 9:07 am

    Sokongan suami amat bermakna masa nak deliver ni kan dan bertambah erat hubungan suami isteri bila masing2 tahu pengorbanan each other
    Fatin recently posted…4 Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan MudahMy Profile

  12. f July, 2016 at 5:57 pm

    Syukur dapat suami yang memahami. Sanggup teman isteri dalam bilik bersalin sampai kelahiran anak…

  13. f April, 2017 at 12:22 pm

    tq sis atas info 🙂
    iedanoor recently posted…INFO HAMIL : 13 MAKANAN YANG SANGAT BERKHASIAT UNTUK IBU HAMILMy Profile

  14. f April, 2017 at 12:23 pm

    bila suami ada kt sebelah rasa kuat.. ehehe…
    aizah recently posted…Syok ke Jadi Surirumah Sambil Berniaga ?My Profile

  15. wan
    f April, 2017 at 12:24 pm

    setuju…support dari seorang suami sangat penting semasa proses kelahiran…jadi para suami..boleh la take note dan ambil peluang untuk merasai pengalaman yang belum tentu dapat dirasai oleh semua bapa….mesti sangat bermakna dan paham erti pengorbanana seorang ibu.

  16. f April, 2017 at 12:24 pm

    Alhamdulillah…tahniah Maz..debaran saat bersalin

  17. f April, 2017 at 12:25 pm

    next time husband kene ada dengan saya. Hihihi. 1st time dulu husband dah balik KL beberapa jam je saya dah selamat bersalin dalam masa 20 minit je sampai hospital.
    nadimah muhammad recently posted…CARA MENGATASI SAKIT TUMIT KRONIK (PLANTAR FASCITIS)My Profile

  18. f April, 2017 at 12:25 pm

    Alhamdulillah, husband sy pun temankan sy semalaman dalam hospital sampai la ke labor room..nasib baik dia x takut darah..smp nak patah tgn dia sy genggam ms nak bersalin tu..hehe
    Farahana recently posted…vitamin semulajadi suami isteriMy Profile

  19. f April, 2017 at 12:26 pm

    Wajib share info ni dengan suami..hihi

  20. f April, 2017 at 12:26 pm

    Perkongsian yang menarik..Alhamdulillah,suami temani saya ketika proses kelahiran kedua-dua anak sy..kurang sikit rasa takut..
    shikin satiman recently posted…Hypertiroid Kini Stabil Dan Tak Perlu Bergantung Kepada Ubat. Apa Yang Wanita Ini Lakukan?My Profile

  21. f April, 2017 at 12:26 pm

    Tahniah Maz..mmg berdebar
    Nur Hidayah Ahmad recently posted…Bagaimana Vivix Membantu Pesakit KanserMy Profile

  22. f April, 2017 at 12:27 pm

    Suami menjadi kekuatan bagi setiap wanita.

  23. f April, 2017 at 12:29 pm

    Berdebar setiap kali nak masuk labour room. Tapi lega sangat bila baby dah selamat keluar..
    Aieda Mohd Faisal recently posted…Penjagaan Wajah Bersama Set NutriwhiteMy Profile

  24. f April, 2017 at 12:32 pm

    Setuju dgn info Sis Maziah. Sokongan suami sgt penting semasa isteri melahirkan anak.
    Cik Kuntum recently posted…Cara Atasi Masalah Gout dengan VivixMy Profile

  25. f April, 2017 at 12:45 pm

    Beruntung sangat bila suami dapat mana menemani isteri di saat2 kontraksi…bilik yang tak sejuk pun tangan mak yang nak bersalin sejuk sangat2.
    Kalau suami tak dapat teman…ingatla bahawa doa suami ada di mana2 sentiasa mengiringi proses ibu bersalin.
    farah recently posted…Berjaya Susukan Anak Sehingga 2 Tahun Selepas Amalkan Suplemen Set MenyusuMy Profile

  26. f April, 2017 at 4:22 pm

    Hi kak maziah. Intan ni. Best artikel ni. Kena bagi suami saya baca ni 🙂
    Intan Farhana Sharifudin recently posted…Tips Elak Kulit Perut Pecah Dan Merekah Saat HamilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge