7 Khasiat Coklat Yang Perlu Kita Nikmati

Dark Choclate. Siapa di sini penggemar tegar coklat?? Ya, saya sememangnya peminat tegar snek yang sedap lagi menyelerakan ni. So hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai khasiat coklat yang tidak ramai orang tahu.

Dark Choclate

Pernah tak anda terdetik, ” Gemuk la makan coklat”.. Tidak kurang juga yang cakap,” Rosak la gigi asyik makan coklat je”. Perlu diingat, apa-apa makanan pun akan membawa mudarat kepada kita jika berlebihan. Jom kita selami khasiat coklat kepada tubuh kita:

Nutrisi

Manfaat-Cokelat-untuk-Kesehatan

Coklat pahit adalah yang belum dicampur dengan zat-zat tambahan lain. Dikatakan sekeping bar coklat pahit terdiri daripada 70-85% koko yang mengandungi 11 gram serat, 67% zat besi, 58% magnesium, 98% mangan,kalium serta fosforus. Lebih menarik lagi apabila di dalamnya terkandung lemak tidak tepu dimana ia baik untuk kesihatan.

Pembekal Zat Antioksidan

Antioxidant1

Coklat pahit memang kaya dengan antioksidan seperti polifenol, flayanol dan catechin yang bagus untuk kesihatan sekaligus melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas.

Membaiki Aliran dan Tekanan Darah

aliran-darah

Kendungan flayanol di dalam coklat pahit dikatakan berupaya merangsang endothelium yang digunakan untuk menghasilkan Nitric Oxide. Oleh tu coklat pahit akan merendahkan tekanan darah dan menjadikan aliran darah menjadi lebih lancar.

Melindungi HDL & LDL

LDL[1]

Apabila terlindung  dari. HDL & LDL maka perjalanan darah di dalam tubuh akan menjadi semakin lancar. Malah dengan mengambil coklat pahit,anda sebenarnya sedang berusaha untuk mengurangkan tekanan insulin di mana ia cukup bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Turunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

kardio

Kandungan bahan yang terkandung di dalam coklat pahit sangat membantu untuk melindungi tubuh dari LDL. Bahkan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa koko berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 50%.

Lambatkan Proses Penuaan

TANDA PENUAAN

Adakah anda tahu bahawa coklat pahit boleh mambuatkan anda awet muda? Jangan tidak percaya kerana di dalam coklat pahit terkandung flayanol di aman ia berupaya meningkatkan pengaliran darah di dalam tubuh terutamanya disebabkan oleh sinaran matahari.

Menggalakkan Fungsi Otak

Brain-Power3

Pasti ramai tahu bahawa koko mengandungi zat perangsang seperti kafein dan theobroime. Ia dikatakan sangat bagus untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak. Bahkan sampai ke hari ini kesan yang ditunjukkan juga bermanfaat kepada peningkatan fungsi kognitif, verbal sekaligus otak keseluruhannya.

terapi coklat

Coklat merupakan snek pilihan yang digemari ramai tanpa pengira usia. Ia menambat selera lantaran keenakan rasa serta kepelbagaian rasa nya. Disamping sedap di mulut,ia juga baik untuk kesihatan terutamanya coklat pahit (dark choclate) yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.Jom nikmatinya!!

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge