18 Tanda Anda Mungkin Menghidap Migrain

Migrain??

Siapa yang menghidapinya sahaja tahu betapa sakitnya bila migrain menyerang. Bukan kata nak bergerak, nak angkat kepala pun tak mampu.

Migrain ni merupakan sakit kepala yang kerap dalam jangka masa yang panjang dari 4 jam sehingga 3 hari lamanya. Jika migrain sudah berada di tahap yang teruk, penghidap mula merasa loya dan muntah-muntah.

Tanda-tanda Awal Migrain

Ketahui 18 tanda anda mungkin penghidap migrain agar boleh dirawat sebelum terlambat.

Tanda Migrain #1 : Aura

Aura ini tidak semestinya merupakan tanda migrain, tetapi kebanyakan mereka yang menghidap migrain akan mengalami masalah ini.

Aura ini akan kelihatan seperti garisan cahaya dan ada yang melihat seperti bintik-bintik cahaya. Ia tidak sama bagi setiap individu. Ada yang melihat aura dalam bentuk zig zag.

Aura ini mungkin berpunca dari kerosakan pada saraf di otak sekaligus menyebabkan migrain

Tanda Migrain #2 : Stress atau Tertekan

Mood menjadi stress secara mendadak antara tanda migrain. Hasil kajian dari American Academy of Neurology 2010 mendapati kemurungan yang kerap dan melampau membawa kepada risiko migrain.

Tanda Migrain #3. Kurang Tidur Yang Nyenyak

Kajian menunjukkan kekurangan tidur yang berkualiti menyebabkan kekerapan dan risiko tinggi menghidap migrain.

Kebiasaannya mereka yang menghidap migrain sukar untuk tidur dan bangun pagi dalam keadaan lesu. Hal ini menyebabkan migrain bertambah kronik.

Tanda Migrain #4. Gejala Sinus

Kajian menunjukkan hampir 90% mereka yang mengalami sakit kepala dan mempunyai gejala sinus seperti  hidung tersumbat serta mata berair adalah penghidap migrain.

  • Kajian oleh GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain

Tanda Migrain #5. Mengidam sesuatu makanan tertentu

Kebiasaannya mereka yang menghidap migrain mempunyai keinginan makan yang tinggi terutamanya coklat.

Tanda Migrain #6. Rasa Berdenyut di bahagian sebelah atau kedua belah kepala.

Kebiasaannya penghidap migrain akan berasa sakit di sebelah sisi kepala sahaja. Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh National Headache Foundation, 50% dari penghidap mengalami gejala ini dan 34% daripadanya mengalaminya secara kerap.

 Tanda Migrain #7. Nyeri pada mata

Migrain kadang kala menyebabkan sakit hingga ke belakang mata. Pesakit beranggapan ia berpunca dari keletihan namun sebenarnya ia adalah tanda migrain

 Tanda Migrain #8. Sakit bahagian belakang leher

Sebelum migrain, pesakit biasanya akan mengadu sakit tengkuk. Ada juga yang mengalami gejala ini selepas migain. Ia merupakan tanda awal sebelum ia menjadi lebih parah.

Kaji selidik melalui dlam talian oleh  National Headache Foundation mendapati 38% daripada menghidap migrain mengalami sakit tengkuk dan 31% berlaku secara kerap.

Tanda Migrain #9. Kerap membuang air kecil.

Kerap membuang air kecil antara pencetus anda akan mengalami migrain. Kebiasaannya gejala yang juga dikenali sebagai fasa prodome ini berlaku seawal sejam atau 2 hari sebelum pesakit mengalami migrain.

Tanda Migrain #10. Kerap menguap

Kadar menguap yang lebih kerap berbanding biasa (menguap akibat mengantuk) antara tanda migrain bakal menyerang.

Tanda Migrain #11. Hilang deria rasa dan kebas-kebas

Penghidap migrain mengalami rasa kebas. Kebiasaanya ia bermula dari hujung jari, naik ke lengan hingga ke muka.

Tanda Migrain #12. Loya dan Muntah

Hasil kaji selidik oleh American Migraine Study Il terhadap 3700 orang penghidap migrain, 73% mengalami mual dan 29% mengalami muntah. Kajian menunjukkan mereka yang mengalami loya disebabkan migrain akan meras lebih sakit dan sukar untuk pulih berbanding mereka yang tidak loya atau kurang rasa loya.

Tanda Migrain #13 Aktivit fizikal

Aktiviti seperti berjalan atau menaiki tangga mungkin manjadi pencetus kepada migrain. Mereka yang terasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti ini mungkin menghidap migrain.

Tanda Migrain #14. Sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau.

Cahaya yang terang dan bunyi yang bising boleh menyebabkan sakit kepala bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yangsensitif terhadap bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah menderita.

Tanda Migrain #15. Kesukaran Bercakap

Mereka yang menghdap migrain kadang kala sukar untuk bercakap. Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala ini. Dikhuatiri ia merupakan tanda anda mengalami strok.

Tanda Migrain #16. Masalah Vertigo

Vertigo merupakan masalah penglihatan di mana anda mengalami pening, penglihatan berganda dan berlaku ketidakseimbangan badan. Kajian membuktikan hubungkait di mana semakin kuat migrain, semakin tinggi pesakit menghidap vertigo.

Tanda Migrain #17. Terasa Lemah Sebelah Badan

Penghidap migrain juga mengalami masalah lemah sebelah badan. Gejala ini juga sebaiknya anda rujuk kepada doktor kerana anda juga mungkin berisiko terhadap strok.

Tanda Migrain #18. Kehilangan tenaga

Antara tanda migrain adalah seseorang akan menjadi sangat letih, sukar untuk bercakap, lesu, pening, penglihatan menjadi kabur, mudah hilang fokus akibat kehilangan tenaga sebelum migrain menyerang.

Sumber : www.health.detik.com

Masalah migrain sememangnya sangat mengganggu rutin harian. Semua kerja tak boleh nak buat, nak tidur pun tak boleh. Sensetif kepada bunyi, terkena cahaya pun tak boleh. Akhirnya telan painkiller. Painkiller pun lama-lama dos makin bertambah sebab dos biasa dah tak berkesan. Ambil painkiller dalam jangka masa yang lama pun bayaha juga, boleh beri kesan sampingan kepada buah pinggang.

Jadi apa nak buat?

Pulih Dari Migrain Dan Kekalkan Kesihatan Secara Semulajadi

Sebenarnya, masalah migrain ini boleh dielak dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat.

Kurangkan makanan segera, kurangkan garam serta pengambilan gula putih berlebihan. Selain itu lakukan sedikit senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk melancarkan peredaran darah terutamanya di bahagian kepala.

Elakkan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak.

Selain itu, saya sangat manggalakkan (highly recommended) untuk anda mengambil supplement seperti di bawah bagi membantu mengurangkan gejala migrain sekaligus menjadikan anda lebih sihat.

CoQ-Trol, Ostematrix Dan Bcomplex Bantu Selesikan Masalah Migrain Anda!

  1. CoQ-Trol Plus  

Tahukan anda bahawa CoQ10 terhasil terutamanya di sel mitokondria dan telah terbukti mampu meningkatkan fungsi mitokondria. Ia juga membantu mengurangkan keradangan yang  berlaku semasa migrain.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan  CoQ10 dalam nutrisi  adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada plasebo bagi mengurangkan masalah migrain kepada 42 orang.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 bukan sahaja membantu merawat migrain, bahkan mampu mencegahnya.
 
  • Membantu mengelakkan berlakunya kekejangan pada pembuluh darah yang menyebabkan migrain
  • Mempertahankan sistem saraf dan otot.
  • magnesium yang terdapat pada ostematrix membantu mengurangkan gejala migrain

3. B Complex

  • Membantu mengurangkan sakit akibat migrain.
  • Mengurangkan risiko serangan migrain
  • Mencegah penyakit lain seperti strok dan depresi
  • Meredakan tekanan.

Pesanan Ikhlas Dari Saya Buat Anda Yang Mengalami Masalah Migrain

Kesihatan adalah sesuatu nikmat yang begitu bernilai lebih dari wang ringgit. Sekiranya anda mengidap migrain yang kronik, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk bertindak bagi mengelak sebarang risiko kesihatan lain.

Buatlah keputusan yang tepat sekarang demi untuk kehidupan yang lebih sihat di kemudian hari!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge